29 December 2022
News
Program Kesedaran dan Sesi Libat Urus Bersama Pelabur/Pengusaha Kilang IZ13 dan IZ15

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) bersama K.K.I.P. Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Kesedaran dan Sesi Libat Urus Bersama Pelabur/Pengusaha Kilang IZ13 dan IZ15, KKIP yang diadakan di KKIPAerospace Training Centre (KATC) pada 20 Disember 2022. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengusaha kilang/pelabur mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan isu-isu alam sekitar daripada berlaku dan memastikan alam sekitar di kawasan KKIP sentiasa terpelihara.


Program ini telah dirasmikan oleh Puan Mary Isidore Malangking, Timbalan Setiausaha Tetap I mewakili Yang Berbahagia Datuk Sr. haji Mohd Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir bagi menyempurnakan majlis Tuan Adam Valentine, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Encik Vitalis J. Moduying, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Puan Cecilia Amid, Timbalan Presiden Kanan Kumpulan, K.K.I.P. Sdn. Bhd.


Ceramah berkaitan Enakmen dan Perundangan Alam Sekitar telah dibentangkan oleh beberapa Jabatan dan agensi termasuk Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Daerah Tuaran sebagai pengisian bagi Program Kesedaran Alam Sekitar ini. Pihak K.K.I.P. Sdn. Bhd. berterima kasih atas keterlibatan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah khususnya serta semua jabatan dan agensi dan rakan industri dalam menjayakan program ini.

Share: